Nuffnang

Sunday, November 21, 2010

Minyak.. Oh.. Minyak!


Kalau tak silap, sejak 2008, aku dah menukar gaya hidup aku secara total dan secara tidak langsung termasuklah juga gaya pemakanan yang aku akui memang teruklah jugak sebelum ni. Perkara pertama yang aku buat ialah menukar minyak masak di dapur.

Dulu aku selalu guna minyak masak Seri Murni, Cap Buruh atau Vesawit. Sekarang aku gunakan 3 jenis minyak masak iaitu minyak zaitun (jenama Basso.. kalau Basso habis, beli Brillo), minyak bunga matahari dan minyak sawit biasa. Kenapa sampai 3? Ikut kategori..mahal, sederhana, murah. Kalau tiap kali masak nak kena guna minyak zaitun..adeh.. ketat sikit budget dapur. Sebotol 1 liter dah berharga RM30, kalau sebulan pakai 3 botol, mau tak RM90!!!

Untuk menumis sayur-sayuran, aku gunakan minyak zaitun. Untuk buat kek atau kuih sebagai ganti mentega, aku gunakan minyak bunga matahari sebab dia ringan dan kek naik cantik. Minyak bunga matahari ni jugak aku gunakan untuk menumis cili atau kari. Untuk menggoreng ayam dan ikan baru aku gunakan minyak sawit biasa (selalunya aku sendiri tak makan, itu untuk ahli keluarga yang lain atau tetamu yang datang). Menu goreng-goreng ni pun dah jarang sangat aku masak, bakar atau kukus je ikan atau ayam, kalau teringin sangat atau ada permintaan, baru aku masak.

Jadinya kos minyak masak sebulan di dapur aku adalah :

Minyak Zaitun 1Liter =RM30.00
Minyak Bunga Matahari 1 Liter =RM10.90
Minyak Sawit Biasa 1Liter =RM4.50
Jumlah =RM45.40

Okay le tu kan, tak sampai RM50, untuk kesihatan diri. Kalau dibandingkan dengan bil hospital yang mungkin mencapai ribuan Ringgit (bila penyakit dah datang), apalah sangat RM50 tu.

Bercakap tentang minyak zaitun, memang aku gunakan ‘extra virgin’ atau pun perahan pertama, warna dia memang cantik hijau. Ada satu lagi minyak zaitun yang tidak tertulis ‘extra virgin’ kat label botol.. meaning.. minyak zaitun yang bukan dari perahan pertama, tak tau lah perahan yang ke berapa. Pernah dengar orang kata yang inilah yang elok digunakan untuk memasak sebab harga dia pun tak mahal sangat, dalam RM20 lebih gitu. Kalau guna extra virgin, makanan yang dimasak akan jadi sedikit pahit. Entahlah, aku masak elok je. Mungkin kena tanya dengan pakar masakan yang lebih arif.

Aku juga pernah gunakan minyak zaitun ni untuk memasak kek pisang, kek coklat dan kek sarang lebah sebagai ganti mentega. Suspen jugak masa nak tunggu kek tu masak. Iyelah, bau minyak zaitun kan kuat, risau kalau-kalau kek yang dimasak akan berbau minyak zaitun jugak. Tapi ternyata tak ada bau minyak zaitun langsung dan kek naik cantik. Tapi jangan lupa letak sedikit garam untuk menaikkan rasa kek sebab mentega atau marjerin dah memang masin (kecuali ’unsalted’ butter), minyak kan tawar. Banyak lagi aku nak cerita pasal minyak zaitun ni.. so many interesting facts. Akan aku sambung di entri lain.

No comments:

Post a Comment