Nuffnang

Thursday, November 25, 2010

Meehoon Putih.. Errkk.. Sedap Ke?


Meehoon ke bihun? Panggil le apa pun, bahannya tetap sama. Kadang-kadang bila orang hidangkan meehoon putih ni, tak berselera nak makan sebab warnanya pucat. Bila makanan berwarna pucat lesi, dalam minda dah set.. sure tak sedap. Betul ke? Rasanya 90% memang betul kot sebab kalau menggoreng mee atau meehoon, nak bagi sedap kena pakai cili kering, sos cili, sos tomato dan kicap! Kalau kuay teow, kicap tu dah kira bahan wajib. Sampaikan sekarang, kicap untuk kuay teow dah merata orang jual online. Satu hari nanti nak kena try jugak kicap online ni.

Jadi kalau masak meehoon putih, kena tambah bahan lain yang colourful kasi meriah sikit. My version macam biasa.. simple je. Tengok gambar je dah tau. Apa pun aku letak jugalah resepinya.. Ini untuk ½ pek meehoon.

Bercakap pasal meehoon, aku suka guna meehoon siam sebab dia halus tapi kalau terlebih air boleh jadi terlembik. So kena hati-hati bila menggunakan meehoon siam. Ada setengah orang mencelur dulu meehoon kering sebelum masak, ada yang merendam 4/5 jam, ada yang rendam dalam air suam. For me.. ikut macam Mak cakap.. rendam semalaman dalam air biasa, bukan air suam atau panas. Kalau nak buat sebagai sarapan pagi esok, kena rendam malam sebelum tidur. Pada aku, berdasarkan pengalaman, cara ini akan dapatkan hasil yang terbaik.. meehoon lembut (bukan lembik), tak berkanji dan mudah dimasak.

Bahan-bahan :

Bahan kisar/tumbuk (A)
2 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
7-9 biji cili padi (mesti ada!)

Bahan kisar/tumbuk (B)
½ cawan ikan bilis
1 sudu besar udang kering

1 mangkuk air rebusan kulit/kepala udang
½ batang lobak merah (dihiris kecil)
8 batang filamen ketam (dipotong kecil)
2 biji telur (letak garam kunyit dan didadar, hiris kecil)
sedikit daun bawang & daun sup (dipotong kecil)
bawang goreng
garam secukup rasa
kiub ayam (tanpa MSG is better)
minyak bunga matahari untuk menumis



Cara membuatnya :

1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar (A) hingga naik bau.

2. Masukkan bahan kisar (B).

3. Masukkan air rebusan kulit udang dan biar mendidih.

4. Masukkan lobak merah, biar sekejap sampai lobak lembut.

5. Masukkan garam dan kemudian meehoon yang telah direndam.

6. Gaul rata-rata dan selepas tu baru masukkan filamen ketam, telur dadar, daun sup, daun bawang dan bawang goreng.

7. Hidangkan panas-panas, sedap dimakan dengan sambal kicap.

No comments:

Post a Comment