Nuffnang

Tuesday, November 23, 2010

Bebola Tauhu Ayam


Ini satu lagi resepi sihat lagi mudah yang aku dapat dari Kak Nor, jiran selang dua buah rumah. Satu tengahari tu dia datang hantar bebola tauhu ni, tapi masa tu tak ada rupa bebola, lebih kepada rupa jemput-jemput goreng. Katanya sedap makan dengan nasi, dibuat lauk. Memang sedap pun, tak sempat makan dengan nasi, ratah camtu je terutama tengah panas-panas baru lepas digoreng.

Lepas tu aku cuba buat sendiri, bulat-bulatkan jadi bentuk bebola. Sebahagian aku goreng celup tepung dan sebahagian lagi aku kukus. Kukus pun sedap (elok kurangkan makanan berminyak), tapi kena letak dalam bekas tart aluminium tu waktu kukus tu untuk hold shape bebola sebab struktur dia lembut. Tengok resepi kat bawah dan boleh ubahsuai bahan ikut selera.

Bahan-bahan :

5 keping tauhu (dilecek)
1 cawan isi ayam (kadang-kadang aku guna isi udang)
1 biji telur
1 inci lobak merak
½ biji cili
1 tangkai daun bawang
1 tangkai daun sup
(semua sayuran dihiris kecil-kecil)
sedikit bawang goreng
sedikit serbuk lada sulah
garam secukup rasa

Untuk yang bergoreng, sediakan sedikit bancuhan tepung, sebarang bancuhan pun boleh, kepekatan adunan macam buat goreng pisang atau ubi. (Aku guna tepung gandum, tepung beras, letak sikit garam, serbuk kunyit dan air).

Cara membuatnya :

1. Gaul tauhu lecek dan isi ayam. Perasakan dengan garam dan lada sulah (nak tambah lada hitam yang ditumbuk pun ok, tapi aku tak letak sebab hilang nanti rasa manis sayur)

2. Masukkan semua sayuran, bawang goreng dan telur. Gaul semuanya supaya elok bercampur.

3. Bentukkan adunan macam bebola.

4. Untuk yang dikukus, letak dalam bekas tart comel dan kukus selama 10 minit (jangan lupa didihkan air dalam periuk kukus dulu sebelum masukkan bebola).

5. Untuk yang bergoreng, celup dalam bancuhan tepung. Hati-hati semasa menggoreng sebab adunan lembut.

6. Toskan bebola yang digoreng betul-betul dan hidangkan dengan sos cili.

Note : Resepi yang sama boleh digunakan untuk Tauhu Sumbat Goreng/Kukus. Tauhu dipotong dua, bentuk segi tiga, korek keluar isi tauhu dengan hati-hati, tinggalkan kulit luar dalam 3mm (lebih kurang la), isinya dicampur dengan isi ayam dan sumbat adunan (resepi di atas) ke dalam tauhu semula. Goreng tauhu tapi tak perlu celup tepung.

No comments:

Post a Comment