Nuffnang

Wednesday, November 17, 2010

Cucur Wholemeal (Wholemeal Fritters)


Ada sebahagian daripada entri resepi di dalam blog aku ni memang dah aku ceritakan di fb. Di fb aku selalu upload makanan-makanan yang aku masak untuk dikongsi bersama kawan-kawan sebab kadang-kadang tak tau apa nak ditulis kat wall. Aku bukan ada cerita yang best pun. Selalunya lepas upload gambar, ramai yang meminta resepi, mereka akan pm aku di inbox. Jenuh juga nak menulis balik resepi sebab sesetengah resepi tu aku bukan pakai sukat-sukat pun. Bila semakin kerap dan ramai yang meminta, barulah terbuka hati nak memulakan blog ni. Nanti bila letak link blog di fb, senang kawan-kawan nak refer. Cucur wholemeal ni antara resepi yang pernah aku letak di fb.

Selalu dah dengar orang campurkan roti dalam cucur tapi tak pernah pulak buat, jadi kali ni aku cuba buat tapi pakai roti wholemeal sebab roti tu je yang ada kat dapur. Kebiasaannya bila aku buat cucur udang atau bilis, aku akan campurkan jagung manis yg dihiris, daun kuchai, cili merah dan bawang, bagi colourful kat dalam cucur tu. Tapi bila bukak peti sejuk, yg ada daun sup, ikan bilis dan susu segar je..hmmm.. guna ajelah apa yang ada, sendiri nak makan. Jadi di bawah ini adalah bahan-bahan yang aku gunakan untuk membuat cucur wholemeal yang tersangatlah ringkas.

Bahan-bahannya:

5 keping Roti Wholemeal
½ cawan susu segar
½ cawan air panas
(roti dicarik kecil-kecil dan digaul dengan susu cair dan air panas, tak rendam pun, bagi roti tu lembut je)

2 sudu besar tepung gandum (kalau adunan terlembik, tambah tepung)
2 sudu ikan bilis diblend (guna udang kering pun okay)
1 biji bawang besar dimayang
1 tangkai daun sup dihiris
1 sudu teh garam
minyak bunga matahari untuk menggoreng

(kalau nak lagi sihat, tambahlah sayur-sayuran lain seperti hirisan jagung, carrot, kobis dll)



Cara membuatnya:

1. Campurkan semua bahan dan diramas bersama roti. Sesuaikan jumlah tepung dan air supaya dapat adunan yang mudah dijemput dan digoreng. (Hirisan bawang besar dan daun sup memang susah sikit nak melekat bersama adunan)

2. Panaskan minyak (sederhana panas) dan jemput-jemputkan adunan. Kalau susah, guna sudu je.


Teknik menggoreng cucur ni berbeza mengikut cara masing-masing. Cara aku menggoreng supaya cucur tak masuk minyak (not soggy) ialah menggunakan api yang sederhana besar dulu semasa adunan mula-mula dimasukkan ke dalam minyak. Lepas tu api dikecilkan supaya masak bahagian dalamnya. Agak-agak dah cukup kekuningan dan garing, aku akan besarkan api, kaup balikkan cucur semasa api besar supaya semua minyak berlebihan keluar dari cucur dan kemudian baru diangkat.

Mulanya aku jangkakan cucur ni mesti masuk minyak sebab ada roti tapi rupanya tak. Kat luar je rupa berminyak tapi di dalamnya cantik, gebu dan lembut. Sedap dicicah sos cili. Nyum..nyum..

1 comment: