Nuffnang

Monday, November 29, 2010

Mini Grilled Chicken Burger





Yupp! They’re pretty small and super cute.. meaning.. you can eat ‘em a lot! ..muahaha! Not to mention that they are healthy too because I put some chopped spinach and it’s grilled. A good idea to trick the children into vege, don’t you think? Ohhh.. they would be great for birthday parties.

For the bun, you can use any basic or burger bun recipe, or you can just buy at any bakery that sell these little cutties (sometimes they are called dinner roll). Bakery section in any Giant store definitely sells them in a large plastic bag (penuh 1 beg tu, ada 20 ketul kot). I baked the mini buns myself. 250 gram of flour could generously make 16 pieces.
Here’s the recipe for chicken burger..

Ingredients :

(16 mini burgers)

400 g of minced chicken
1 egg
1 onion (chopped)
1 garlic (chopped)
1 cup of chopped spinach (cook the spinach in boiled water, put a little salt and drain well)
1 stalk of coriander (chopped)
1 slice of bread (tear into small pieces and soak in warm water, then drain the excess water)
1 teaspoon of salt
1 teaspoon of blackpepper
1 tbspoon olive oil to grill

Method :

1. Just put everything in a bowl and mix well.

2. Heat the oil in non-stick pan.

3. Using 2 spoons, scoop the meat and put it on pan and shape it round (the mixture is very soft you could hardly shape it with hands)

4. When the below part is nicely browned, turn it over to grill the other side.

5. When perfectly cooked, transfer to plate and eat with bun. Can be served with salad, cheese or mushroom sauce. Delicious!!!





Thursday, November 25, 2010

Meehoon Putih.. Errkk.. Sedap Ke?


Meehoon ke bihun? Panggil le apa pun, bahannya tetap sama. Kadang-kadang bila orang hidangkan meehoon putih ni, tak berselera nak makan sebab warnanya pucat. Bila makanan berwarna pucat lesi, dalam minda dah set.. sure tak sedap. Betul ke? Rasanya 90% memang betul kot sebab kalau menggoreng mee atau meehoon, nak bagi sedap kena pakai cili kering, sos cili, sos tomato dan kicap! Kalau kuay teow, kicap tu dah kira bahan wajib. Sampaikan sekarang, kicap untuk kuay teow dah merata orang jual online. Satu hari nanti nak kena try jugak kicap online ni.

Jadi kalau masak meehoon putih, kena tambah bahan lain yang colourful kasi meriah sikit. My version macam biasa.. simple je. Tengok gambar je dah tau. Apa pun aku letak jugalah resepinya.. Ini untuk ½ pek meehoon.

Bercakap pasal meehoon, aku suka guna meehoon siam sebab dia halus tapi kalau terlebih air boleh jadi terlembik. So kena hati-hati bila menggunakan meehoon siam. Ada setengah orang mencelur dulu meehoon kering sebelum masak, ada yang merendam 4/5 jam, ada yang rendam dalam air suam. For me.. ikut macam Mak cakap.. rendam semalaman dalam air biasa, bukan air suam atau panas. Kalau nak buat sebagai sarapan pagi esok, kena rendam malam sebelum tidur. Pada aku, berdasarkan pengalaman, cara ini akan dapatkan hasil yang terbaik.. meehoon lembut (bukan lembik), tak berkanji dan mudah dimasak.

Bahan-bahan :

Bahan kisar/tumbuk (A)
2 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
7-9 biji cili padi (mesti ada!)

Bahan kisar/tumbuk (B)
½ cawan ikan bilis
1 sudu besar udang kering

1 mangkuk air rebusan kulit/kepala udang
½ batang lobak merah (dihiris kecil)
8 batang filamen ketam (dipotong kecil)
2 biji telur (letak garam kunyit dan didadar, hiris kecil)
sedikit daun bawang & daun sup (dipotong kecil)
bawang goreng
garam secukup rasa
kiub ayam (tanpa MSG is better)
minyak bunga matahari untuk menumis



Cara membuatnya :

1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar (A) hingga naik bau.

2. Masukkan bahan kisar (B).

3. Masukkan air rebusan kulit udang dan biar mendidih.

4. Masukkan lobak merah, biar sekejap sampai lobak lembut.

5. Masukkan garam dan kemudian meehoon yang telah direndam.

6. Gaul rata-rata dan selepas tu baru masukkan filamen ketam, telur dadar, daun sup, daun bawang dan bawang goreng.

7. Hidangkan panas-panas, sedap dimakan dengan sambal kicap.

Wednesday, November 24, 2010

Sayur Cincang Pedas & Rolled Oat


Menu ni antara menu diet favourite aku untuk menggantikan nasi dan lauk. Kurangkan makanan berkanji dan makan baaaaanyak sayur. Kalau makan nasi, aku mesti ada lauk yang pedas, kalau tak, memang tak selera nak makan. Sebab tu resepi ni bahan wajib dia cili padi! Tak ada cili padi.. tak syiok.

Ramai dah tahu yang oat boleh mengurangkan kolesterol dan sumber fiber yang sangat bagus. Tapi yang ni bukan quacker oat yang boleh dibancuh sebagai minuman atau sarapan pagi macam dalam iklan. Yang tu aku susah sikit nak telan, apalagi sebagai makanan harian. ’Rolled oat’ ni kena masak dulu. Rasa dia macam bubur nasi. Kalau makan dengan sambal tumis ikan bilis pun sedap.


Inilah rupa ‘rolled’ oat (kalau cari kat pasaraya, sure ada, satu rak dengan nestum, muesli etc). Cara memasaknya.. 1 cawan oat, masak dengan 2 ½ cawan air. Masak dengan api perlahan, kalau tak nanti berbuih, terkeluar membuak dari periuk, lebih kurang 15 minit gitu. Lepas tu letak 1 sudu teh garam sebelum tutup api. Cukup untuk makan 2 orang.


Yang ini bahan-bahan untuk sayur cincang :
(atau gunakan je apa2 sayur yang ada dalam peti ais..)

- lobak merah
- brokoli
- bunga kobis
- jagung kecik (babycorn)
- sayur lobak kecik (asingkan batang dan daun)
- daun bawang
- bawang besar
- cili padi (ikut tahap pedas sendiri ye)
- garam
- minyak zaitun untuk menumis
(semua sayur dicincang kecil-kecil)

Cara Memasaknya :

1. Panaskan minyak dan tumis bawang. Masukkan cili padi. Tumis hingga dua-dua naik bau.

2. Masukkan sayur ikut turutan.. mula dengan lobak merah. Masak hingga agak layu.

3. Lepas tu masuk batang sayur lobak, bunga kobis, brokoli, babycorn, daun lobak dan daun bawang. Masakkan satu persatu supaya tak ada sayur yang keras dan mentah bila makan nanti.

4. Hidangkan dengan oat atau nasi panas-panas. ( ..letak kicap sikit..hehe)






Tuesday, November 23, 2010

Bebola Tauhu Ayam


Ini satu lagi resepi sihat lagi mudah yang aku dapat dari Kak Nor, jiran selang dua buah rumah. Satu tengahari tu dia datang hantar bebola tauhu ni, tapi masa tu tak ada rupa bebola, lebih kepada rupa jemput-jemput goreng. Katanya sedap makan dengan nasi, dibuat lauk. Memang sedap pun, tak sempat makan dengan nasi, ratah camtu je terutama tengah panas-panas baru lepas digoreng.

Lepas tu aku cuba buat sendiri, bulat-bulatkan jadi bentuk bebola. Sebahagian aku goreng celup tepung dan sebahagian lagi aku kukus. Kukus pun sedap (elok kurangkan makanan berminyak), tapi kena letak dalam bekas tart aluminium tu waktu kukus tu untuk hold shape bebola sebab struktur dia lembut. Tengok resepi kat bawah dan boleh ubahsuai bahan ikut selera.

Bahan-bahan :

5 keping tauhu (dilecek)
1 cawan isi ayam (kadang-kadang aku guna isi udang)
1 biji telur
1 inci lobak merak
½ biji cili
1 tangkai daun bawang
1 tangkai daun sup
(semua sayuran dihiris kecil-kecil)
sedikit bawang goreng
sedikit serbuk lada sulah
garam secukup rasa

Untuk yang bergoreng, sediakan sedikit bancuhan tepung, sebarang bancuhan pun boleh, kepekatan adunan macam buat goreng pisang atau ubi. (Aku guna tepung gandum, tepung beras, letak sikit garam, serbuk kunyit dan air).

Cara membuatnya :

1. Gaul tauhu lecek dan isi ayam. Perasakan dengan garam dan lada sulah (nak tambah lada hitam yang ditumbuk pun ok, tapi aku tak letak sebab hilang nanti rasa manis sayur)

2. Masukkan semua sayuran, bawang goreng dan telur. Gaul semuanya supaya elok bercampur.

3. Bentukkan adunan macam bebola.

4. Untuk yang dikukus, letak dalam bekas tart comel dan kukus selama 10 minit (jangan lupa didihkan air dalam periuk kukus dulu sebelum masukkan bebola).

5. Untuk yang bergoreng, celup dalam bancuhan tepung. Hati-hati semasa menggoreng sebab adunan lembut.

6. Toskan bebola yang digoreng betul-betul dan hidangkan dengan sos cili.

Note : Resepi yang sama boleh digunakan untuk Tauhu Sumbat Goreng/Kukus. Tauhu dipotong dua, bentuk segi tiga, korek keluar isi tauhu dengan hati-hati, tinggalkan kulit luar dalam 3mm (lebih kurang la), isinya dicampur dengan isi ayam dan sumbat adunan (resepi di atas) ke dalam tauhu semula. Goreng tauhu tapi tak perlu celup tepung.

Sunday, November 21, 2010

Healthy Pandan Muffin (Lovit! Lovit! Lovit!!!)




When it comes to MUFFIN, I can be really carping. It pisses me off to admire such a beautiful, alluring, tormenting piece of nice-looking muffins that would turn out to be hardy (baling ke dinding), or too sweet, or too dry you can actually choked, or the taste like you've been swallowing up the whole bottle of bicarbonate soda! Well.. believe me, I can go on and on, grumbling about this, all the way from the store till I got home.

Until.... I discovered a very nice recipe, not too sweet, moist, and the smell.. oohhh.. you gotta try this one. But the most important.. it's healthy.. which means.. I can have 3 or 4 pieces of em.. errkk.. ok..I admit, I ate a lot.

I googled a few recipes of 'best muffin' in the net and tried out one (can't remember from which site, it came out in US forum). It took me 3 times to try and error, adding and reducing the ingredients until I was satisfied with the result. I tried my best to make it as healthy as possible so that I can put the guilt aside..hehe. Originally, it tasted 'bica' and quite dry so I add up some milk and reduce the rising agent. I add some wholemeal flour and raisins (source of fiber) and use pandan paste for a twist. I also subsitute the unsalted butter with sunflower oil. There you go.. Check out the recipe below.

Ingredients :

(A)
180g self-raising flour (sift together with baking powder)
3/4 baking powder
40g wholemeal flour

(B)
80g castor sugar
170ml sunflower oil

2 eggs
100ml fresh milk
1/2 teaspoon of fine salt
1 teaspoon of vanilla essence
1 teaspoon of pandan paste
5 table spoon of raisins(chopped)
chocolate chips (I use dwi-choc chip)
muffin pan (or you can use paper cup for muffin)

Method :

1. Mix (A). Put aside.
2. Beat (B) for 5 minutes.
3. Add in egg one at a time. Beat another 5 minutes.
4. Add in (A) and milk alternately.
5. Add the salt, vanilla essence and pandan paste. Beat until all mixed well.
6. Lastly fold in the raisins
7. Fill the papercups with batter ( I use size 8'). Put some chocolate chips on top.
8. Bake at 150 degree for 20 minutes (heat up & down)
9. Let them cool for a while before serving.

I have made these so many times.. again and again. Eat em for breakfast and have a wonderful morning to start a day with :)





Minyak.. Oh.. Minyak!


Kalau tak silap, sejak 2008, aku dah menukar gaya hidup aku secara total dan secara tidak langsung termasuklah juga gaya pemakanan yang aku akui memang teruklah jugak sebelum ni. Perkara pertama yang aku buat ialah menukar minyak masak di dapur.

Dulu aku selalu guna minyak masak Seri Murni, Cap Buruh atau Vesawit. Sekarang aku gunakan 3 jenis minyak masak iaitu minyak zaitun (jenama Basso.. kalau Basso habis, beli Brillo), minyak bunga matahari dan minyak sawit biasa. Kenapa sampai 3? Ikut kategori..mahal, sederhana, murah. Kalau tiap kali masak nak kena guna minyak zaitun..adeh.. ketat sikit budget dapur. Sebotol 1 liter dah berharga RM30, kalau sebulan pakai 3 botol, mau tak RM90!!!

Untuk menumis sayur-sayuran, aku gunakan minyak zaitun. Untuk buat kek atau kuih sebagai ganti mentega, aku gunakan minyak bunga matahari sebab dia ringan dan kek naik cantik. Minyak bunga matahari ni jugak aku gunakan untuk menumis cili atau kari. Untuk menggoreng ayam dan ikan baru aku gunakan minyak sawit biasa (selalunya aku sendiri tak makan, itu untuk ahli keluarga yang lain atau tetamu yang datang). Menu goreng-goreng ni pun dah jarang sangat aku masak, bakar atau kukus je ikan atau ayam, kalau teringin sangat atau ada permintaan, baru aku masak.

Jadinya kos minyak masak sebulan di dapur aku adalah :

Minyak Zaitun 1Liter =RM30.00
Minyak Bunga Matahari 1 Liter =RM10.90
Minyak Sawit Biasa 1Liter =RM4.50
Jumlah =RM45.40

Okay le tu kan, tak sampai RM50, untuk kesihatan diri. Kalau dibandingkan dengan bil hospital yang mungkin mencapai ribuan Ringgit (bila penyakit dah datang), apalah sangat RM50 tu.

Bercakap tentang minyak zaitun, memang aku gunakan ‘extra virgin’ atau pun perahan pertama, warna dia memang cantik hijau. Ada satu lagi minyak zaitun yang tidak tertulis ‘extra virgin’ kat label botol.. meaning.. minyak zaitun yang bukan dari perahan pertama, tak tau lah perahan yang ke berapa. Pernah dengar orang kata yang inilah yang elok digunakan untuk memasak sebab harga dia pun tak mahal sangat, dalam RM20 lebih gitu. Kalau guna extra virgin, makanan yang dimasak akan jadi sedikit pahit. Entahlah, aku masak elok je. Mungkin kena tanya dengan pakar masakan yang lebih arif.

Aku juga pernah gunakan minyak zaitun ni untuk memasak kek pisang, kek coklat dan kek sarang lebah sebagai ganti mentega. Suspen jugak masa nak tunggu kek tu masak. Iyelah, bau minyak zaitun kan kuat, risau kalau-kalau kek yang dimasak akan berbau minyak zaitun jugak. Tapi ternyata tak ada bau minyak zaitun langsung dan kek naik cantik. Tapi jangan lupa letak sedikit garam untuk menaikkan rasa kek sebab mentega atau marjerin dah memang masin (kecuali ’unsalted’ butter), minyak kan tawar. Banyak lagi aku nak cerita pasal minyak zaitun ni.. so many interesting facts. Akan aku sambung di entri lain.

Kek Pisang Sedap (Delicious Banana Cake)



Kek pisang ni memanggggg sedap! Tak tipu. Resepi asal aku ambil kat blog Kak An.. senior masa sekolah menengah (jumpa kat fb). Kak An memang terer memasak. Resepi yang ori ada kat sini. Aku 'adjust', tambah kurang sana sini sikit ikut tekak dan lifestyle ku..huhu. Mekasih ye Kak An. Dah ramai yang mintak resepi ni, mereka pm di inbox, dari tahun lepas lagi, tak putus-putus.

Rasa dia kurang manis (version aku.. kurangkan gula sebab pisang memang dah manis), lembab, lembut dan gebu. Ini resepi dia..

Bahan-bahan :
(A)
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonat (ayak tepung bersama 2 bahan penaik ni)

(B)
3 biji telur
1 cawan gula perang (boleh guna gula castor)
1 cawan minyak (boleh guna minyak masak biasa atau minyak jagung, aku guna minyak bunga matahari, pernah juga guna minyak zaitun, hasilnya sama)

4/5 biji pisang
1 sudu besar jus lemon
1/2 sudu kecil garam halus (sebab kita pakai minyak, bukan mentega, mentega memang dah masin)
1 sudu teh vanilla


Cara membuatnya :

1. Pukul bahan (B) selama 5 minit sehingga ia kembang.

2. Masuk bahan (A) ke dalam bahan (B) dan gaul rata, jangan pukul.

3. Masukkan pisang yang telah dilenyek, jus lemon, garam dan vanilla.

4. Rata-ratakan ke dalam acuan pembakar yang telah dilenser marjerin dan ditabur tepung. Bakar 160 darjah celcius selama 45 jam, api atas bawah (bergantung kepada kepanasan oven masing-masing). Cucuk dengan lidi untuk check dah masak atau belum. If it comes out clean, then it's done.

5. Nak sejukkan dulu sebelum potong pun boleh, nak potong dan makan panas-panas pun boleh. For me.. panas-panas le. Fuhhh..marvellous. Served with a cup of tea.. perfecto!






Note: Disebabkan kek pisang ni lembab, tak tahan disimpan diluar, paling lama pun 3 hari. So better simpan dalam fridge, boleh tahan seminggu. Tapi rasanya kalau umat kat rumah tu ramai, jangan kan 3 hari, silap-silap 1 jam pun dah licin sebab memang sedap!


Saturday, November 20, 2010

Sayur Buncis, Bunga Kobis & Udang Kertas



Makan tengahari tak lengkap kalau tak ada sayur. Tajuk entri tu pun dah bagi gambaran jelas. Aku memang selalu masak sayur buncis ni, antara sayur yang favourite le. Cuma kali ni aku guna udang kertas sebagai perencah. Rasa udang kertas ni memang manis. Renyah la sikit nak menyiangnya.. buang semua kulit dan kepala, dekat setengah jam baru siap.. udah udangnya cinonet.


Sukatan bahan-bahan tak perlu letak secara detail rasanya. Tengok gambar-gambar kat bawah dah tau. (secara ringkas, bahan-bahannya.. bawang besar, bawang putih, udang kertas - digaramkunyitkan, bunga kobis, kacang buncis, cili merah & garam)


Aduhhh.. berselera makan tengahari ni, dah lama tak pekena asam pedas. Sayur buncis pun segar dan manis.




.






Asam Pedas Ikan Pari



Tengahari ni, lunch lauk simple-simple je. Pagi tadi pergi pasar beli ikan pari 2 potong. Mula-mula ingat nak bakar dan cicah kuah asam tapi bila lalu kat tempat sayur nampak daun kesum, carik-carik daun kesum.. alamak.. sedapnya bau, terus teringin nak makan asam pedas.

Terfikir gak, nak kena tulis resepi dia kat sini ke? Kadang-kadang, sebelum masukkan satu-satu entri tu, memang kena consider, berbaloi ke tulis kat blog, terutama masakan yang mudah dan semua orang tau buat. At the end.. ambil keputusan.. ala..masukkan je la, setengah viewers bukak blog masak-masak untuk cari resepi, tapi ada juga sekadar nak dapat idea, mencari-cari menu apa yang nak dimasak untuk makan tengahari atau juadah waktu petang. Adakala otak 'jam' jugak tak tau nak masak apa. Jadi, inilah version asam pedas pari ku, memang saja buat cair sikit sebab nak berenang kuah dalam pinggan..


Bahan-bahan :

2 potong ikan pari (dikerat 3 lagi)
2 biji cili merah
3 sudu besar cili kering kisar
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar (cili merah dan semua bawang ditumbuk atau dikisar kasar)
1/2 cawan air asam jawa
4 tangkai daun kesum
1 biji tomato (dibelah 4)
500 ml air
garam seckup rasa
sedikit minyak zaitun untuk menumis


Cara membuatnya:

1. Tumis bahan tumbuk hingga naik bau.

2. Masukkan ikan pari dan masak lebih kurang 2 minit.

3. Masukkan air dan tutup periuk, biarkan ikan masak, lebih kurang 10 minit.

4. Masukkan air asam jawa, tomato, daun kesum dan garam.

5. Masak sampai pekat dan warnanya cantik. Sedia untuk dihidang. Makan dengan nasi panas-panas.







Thursday, November 18, 2010

Tempura Cendawan Tiram & Sayur (Oyster Mushroom & Vegetable Tempura)



Pertama kali tengok tempura sayur ni ialah kat satu pasaraya ni, kat bahagian yang ada sushi dan item goreng-goreng. Masa beli tu nampak cam sedap je tapi bila makan..tak seindah rupa. Sayurnya tak berapa fresh dan sangat-sangat berminyak. Sebab tak puas hati punya pasal, aku try buat di rumah dan sudah semestinya ikut version sendiri, aku pilih sayur-sayur yang digemari oleh ahli keluarga. Semua sayur dipotong memanjang dan cendawan dikoyak-koyak supaya tak mudah bercerai ketika menggorengnya nanti.

Perkara penting ketika membancuh tepung tempura ialah air mesti sejuk. Betul-betul sejuk! Dan ketika mengaulnya dengan tepung jangan lama sangat. Bila dah digaul tepung tempura dengan sayur, kenalah terus digoreng. Jangan tunggu lama-lama nanti adunan tu jadi tak sejuk pulak. Minyak mesti banyak. Aku goreng tempura ni satu persatu dan hasilnya, tempura akan jadi sangat-sangat ranggup dan yang penting tak masuk minyak.

Tempura sayur ni sememangnya favourite dish ahli keluarga aku. Rasa manis sayur dan ranggup tepung dia.. memang ngam betul! Selalunya memang tak sempat duduk kat atas piring lama-lama. Asal angkat dari kuali je, pindah ke piring..hilang. Lepas tu puzzle le, mana pergi yang aku goreng banyak-banyak tadi ni? Jadinya tukang goreng..lebih baik simpan sikit kat dapur, sorok kat memana seketul dua untuk diri sendiri! Muahahaha!

Bahan-bahan:

Sayur-sayuran:
1 peket kecil cendawan tiram
½ batang lobak merah
2 pokok daun bawang
½ biji lada benggala (hijau/merah)
1 biji bawang besar

Tepung Tempura:
¾ cawan tepung gandum
¼ cawan tepung beras
Sedikit garam
¼ sudu teh stok ayam Megi
1 cawan air sejuk

Minyak bunga matahari untuk menggoreng.




Cara Membuatnya:

1. Potong semua bahan sayur.
2. Satukan bahan-bahan tepung tempura dan gaul, memadai bercampur saja.
3. Gaulkan sayur bersama tepung tempura rata-rata.
4. Rendam sudip besi di dalam minyak yang sederhana panas. Letakkan sesenduk adunan sayur tadi di atas sudip dan goreng terendam. Ceraikan sayur dari sudip dan terus menggoreng sehingga garing. Terbalikkan biar rata gorengannya.
5. Angkat dan toskan atas kitchen towel. Sedia untuk dihidang.








Wednesday, November 17, 2010

Cucur Wholemeal (Wholemeal Fritters)


Ada sebahagian daripada entri resepi di dalam blog aku ni memang dah aku ceritakan di fb. Di fb aku selalu upload makanan-makanan yang aku masak untuk dikongsi bersama kawan-kawan sebab kadang-kadang tak tau apa nak ditulis kat wall. Aku bukan ada cerita yang best pun. Selalunya lepas upload gambar, ramai yang meminta resepi, mereka akan pm aku di inbox. Jenuh juga nak menulis balik resepi sebab sesetengah resepi tu aku bukan pakai sukat-sukat pun. Bila semakin kerap dan ramai yang meminta, barulah terbuka hati nak memulakan blog ni. Nanti bila letak link blog di fb, senang kawan-kawan nak refer. Cucur wholemeal ni antara resepi yang pernah aku letak di fb.

Selalu dah dengar orang campurkan roti dalam cucur tapi tak pernah pulak buat, jadi kali ni aku cuba buat tapi pakai roti wholemeal sebab roti tu je yang ada kat dapur. Kebiasaannya bila aku buat cucur udang atau bilis, aku akan campurkan jagung manis yg dihiris, daun kuchai, cili merah dan bawang, bagi colourful kat dalam cucur tu. Tapi bila bukak peti sejuk, yg ada daun sup, ikan bilis dan susu segar je..hmmm.. guna ajelah apa yang ada, sendiri nak makan. Jadi di bawah ini adalah bahan-bahan yang aku gunakan untuk membuat cucur wholemeal yang tersangatlah ringkas.

Bahan-bahannya:

5 keping Roti Wholemeal
½ cawan susu segar
½ cawan air panas
(roti dicarik kecil-kecil dan digaul dengan susu cair dan air panas, tak rendam pun, bagi roti tu lembut je)

2 sudu besar tepung gandum (kalau adunan terlembik, tambah tepung)
2 sudu ikan bilis diblend (guna udang kering pun okay)
1 biji bawang besar dimayang
1 tangkai daun sup dihiris
1 sudu teh garam
minyak bunga matahari untuk menggoreng

(kalau nak lagi sihat, tambahlah sayur-sayuran lain seperti hirisan jagung, carrot, kobis dll)



Cara membuatnya:

1. Campurkan semua bahan dan diramas bersama roti. Sesuaikan jumlah tepung dan air supaya dapat adunan yang mudah dijemput dan digoreng. (Hirisan bawang besar dan daun sup memang susah sikit nak melekat bersama adunan)

2. Panaskan minyak (sederhana panas) dan jemput-jemputkan adunan. Kalau susah, guna sudu je.


Teknik menggoreng cucur ni berbeza mengikut cara masing-masing. Cara aku menggoreng supaya cucur tak masuk minyak (not soggy) ialah menggunakan api yang sederhana besar dulu semasa adunan mula-mula dimasukkan ke dalam minyak. Lepas tu api dikecilkan supaya masak bahagian dalamnya. Agak-agak dah cukup kekuningan dan garing, aku akan besarkan api, kaup balikkan cucur semasa api besar supaya semua minyak berlebihan keluar dari cucur dan kemudian baru diangkat.

Mulanya aku jangkakan cucur ni mesti masuk minyak sebab ada roti tapi rupanya tak. Kat luar je rupa berminyak tapi di dalamnya cantik, gebu dan lembut. Sedap dicicah sos cili. Nyum..nyum..

Saturday, November 13, 2010

Aku Menulis Blog Macam Tukar Channel TV.. (after all I'm the one holding the remote)


Macam tukar channel TV? And yes, that statement is referring to me (might not apply to other bloggers). Sometimes I'd like to watch Cerekerama or Nasi Lemak Kopi O, some other days I'll watch English movies and I do watch Tamil movies once in a while, not to forget the Korean or Chinese dramas (semua belasah), as long as it gets my attention. Same thing happens when I started to write.. sometimes the ideas flow in English and some other days I feel relax and inspiring writing in BM. It's a matter of expressive and mood at the time of writing.

I cook almost everyday, I spend few hours in my small garden once a week, I do serious reading and some artworks a couple of times in a year and thus, I expect that pattern would likely to reflect subject of my upcoming entries.

You'll find most of my recipes promote healthy cooking and healthy eating habit yet satisfying and most important.. they still taste great or at least 'acceptable' (boleh telan punya). I love to substitute some of 'unhealthy' ingredients with those containing more nutritional value, just giving a few options on how to enjoy the same food and leave out the guilt. I'm not a vegetarian but I rarely eat meat but the 'green' is a must in every meal.

However, I never say goodbye to the so-called unhealthy food, they are delicious just the way they are. I cook them and enjoy tiny little piece, just enough to satisfy the crave. Guess it won't hurt ;-)

Selamat Datang.. A Warm Welcome



This is the first entry which I believe would be the hardest part when starting a new blog. Ideas pouring in, words scrambling.. dancing in the air, hoping to land down safely and stand very firm and convincing enough, at least to the owner of this lil closet ;)


I'm leading healthy life, healthy mind and soul. Wow! That sounds insanely bold. Okay..I'm lying..muahahaha! I love to eat. Fullstop. It's hard to keep fit when you love the food sooooo much that you'll kiss em. Well..at least I'm trying my best to lead a healthy life, maintain a healthy mind and upgrade my soul (errk..upgrade? sorry..couldn't seem to find the right word, that's the closest to my interpretation). And I'm telling you dear.. it's never.. never.. easy to do. It requires determination, inspiration and the ability to visualize 'the future you'.


My life is no fairytale. No fairies come to my bed during the heavy rainfall. I hate waiting and thus I decided to make my own fairy-happily-ever-after tale. Suddenly I discovered plenty of good and beautiful things are actually happening all around me! How could I missed them all these years? I guess it's about how we look at things. We always forgot that there are 'options'.. plenty of 'em. Choices are not merely in black or white..look in between, you'll see the grey. And if you look harder.. you'll see the rainbow :)


Let's share. Feel free to try out the recipes, consider any good info and take good care of yourself because nobody will (the doctors would love to.. only if you pay them!). Good Day!