Nuffnang

Monday, February 28, 2011

Popiah Goreng Thai (Thai Springroll)

Resepi hari ni lari sikit dari menu sayuran tapi sayuran masih bahan lagi utama cuma saya menggunakan sedikit daging untuk mencari kelainan. Suatu ketika dulu pernah tengok Chef Wan buat popiah Thai ni kat TV tapi cara dia lain sikit. Ikut kaedah Chef Wan (resepi popiah Thai yang asli), daging tidak dimasak dulu; semua bahan digaul mentah dan terus dilipat dalam kulit popiah. Jadi masa menggorengnya kena lama la supaya daging di dalam betul-betul masak. Kalau tak masak, bahaya tu.. bakteria e.coli (sebut betul-betul ye). Lagi satu, selepas digoreng, sewaktu nak menghidangkannya, kena sediakan sekali daun salad. Daun salad dibalut pada popiah, macam pakai tuala le..hehe, lepas tu cicah dengan sos cili Thai yg dibuat sendiri. Macam tu le cara makannya.

Tapi resepi ni saya ubah sikit, saya masak dulu daging tu sekejap supaya tak ada risiko makan daging mentah dan saya tambah sikit serbuk kari daging. Jadi kalau makan tanpa sos cili pun okay dah sebab ada rasa pedas-pedas inti dia. Jom tengok bahan-bahannya yang mudah.

Bahan-bahan:

20 keping kulit popiah
250 g daging kisar (saya gunakan Ramly's)
1 biji bawang besar (dihiris)
1 ulas bawang putih (ditumbuk)
1 sudu besar serbuk kari
1/2 cawan air
1/2 batang lobak merah (dipotong memanjang)
sedikit kacang panjang (dipotong serong)
1 peket kecil su'un (direndam hingga lembut dan kerat-kerat sikit)
1 sudu kecil serbuk lada hitam
sedikit garam
minyak untuk menumis

Cara membuatnya:

1. Tumis bawang-bawang hingga layu dan masukkan serbuk kari,
2. Masukkan daging dan goreng hingga separuh masak.
3. Masukkan air dan biar mendidih hingga daging betul-betul masak.
4. Masukkan garam dan lada hitam.
5. Bila dah agak kering, masukkan lobak merah dan gaul, diikuti kacang panjang dan akhir sekali su'un. Masak hingga kering dan kemudian sejukkan sebelum digulung dengan kulit popiah.
6. Letak sedikit inti tadi di tengah-tengah kulit popiah dan gulung seperti biasa.
7. Sapukan sedikit gam ketika menutup kulit popiah untuk melekatkan hujungnya supaya tak masuk minyak ketika menggoreng. (Gam - ada yg gunakan putih telur, kuning telur; saya suka gunakan tepung gandum 1 sudu besar dicampur dgn sedikit air hingga jadi pes peket, tak bazir telur sebab nak pakai sikit je pun)
8. Goreng dalam minyak yang sederhana panas dan toskan dengan kitchen towel.
9. Hidangkan bersama sos cili.


Sunday, February 27, 2011

Spaghetti with Chicken Mushroom Soup


Wow! It's been a while since I last updated my blog. Ohh.. must blame it on the internet connection here.. the broadband of course! I've terminated the old one which most of the time drove me crazy and I recently got myself a new one. No more broadband! Streamyx makes me smile every single day :)))))

Today is Sunday.. my lazy day (Arghhh! Rasa nak tidur je sepanjang hari), but somehow I'm craving for mushroom soup. So. I went to the supermarket, just to find out no sign of fresh mushroom on the rack..huh! Then I grabbed some spinach, tomatoes, green pepper, minced chicken and a can of mushroom soup..hehe.. gonna prepare super quick and super easy meal.. spaghetti with mushroom soup (versi cengkelat..huahua!).

Now, the ingredients :

1 packet of spaghetti (boiled and drained)

1 can of mushroom soup

300g minced chicken (i'm using ramly's)

2 tbsp butter

2 tbsp flour

1 onion (chopped)

2 garlic (chopped)

a handful of spinach (leave out the stem)

1 tomato (peeled and chopped)

1 green pepper (remove the seeds, then chop or slice)

1 tbsp of ground black pepper (tumbuk atau kisar)

1 cube of chicken stock (I'm using maggi..with no 'msg')

1 tsp white pepper

1 tsp salt

2 cups of water


The method is shown in pic below :


Melt the butter and add in the flour..

Keep stirring to avoid the butter turning brown.. (may take 2-3 minutes)

Add a cup of water, mix well and add another cup..

Pour in the mushroom soup and stir well..

In another pan, add 2 tbsp of olive oil and fry the onion. Put in the chicken and stir them together until the chicken is half-cooked.

Add the half-cooked chicken into the soup and mix well.

Add black pepper, chicken stock, salt and white pepper. Mix well.

Cook until boiled. Then turn off the heat.

Prepare the spaghetti.

In other pan, heat 1 tbsp of olive oil and put in all the veges..

Add a pinch of salt and leave them half-cooked before adding the spaghetti.

Mix them well. Done!

Tonite's dinner :)

Monday, November 29, 2010

Mini Grilled Chicken Burger





Yupp! They’re pretty small and super cute.. meaning.. you can eat ‘em a lot! ..muahaha! Not to mention that they are healthy too because I put some chopped spinach and it’s grilled. A good idea to trick the children into vege, don’t you think? Ohhh.. they would be great for birthday parties.

For the bun, you can use any basic or burger bun recipe, or you can just buy at any bakery that sell these little cutties (sometimes they are called dinner roll). Bakery section in any Giant store definitely sells them in a large plastic bag (penuh 1 beg tu, ada 20 ketul kot). I baked the mini buns myself. 250 gram of flour could generously make 16 pieces.
Here’s the recipe for chicken burger..

Ingredients :

(16 mini burgers)

400 g of minced chicken
1 egg
1 onion (chopped)
1 garlic (chopped)
1 cup of chopped spinach (cook the spinach in boiled water, put a little salt and drain well)
1 stalk of coriander (chopped)
1 slice of bread (tear into small pieces and soak in warm water, then drain the excess water)
1 teaspoon of salt
1 teaspoon of blackpepper
1 tbspoon olive oil to grill

Method :

1. Just put everything in a bowl and mix well.

2. Heat the oil in non-stick pan.

3. Using 2 spoons, scoop the meat and put it on pan and shape it round (the mixture is very soft you could hardly shape it with hands)

4. When the below part is nicely browned, turn it over to grill the other side.

5. When perfectly cooked, transfer to plate and eat with bun. Can be served with salad, cheese or mushroom sauce. Delicious!!!





Thursday, November 25, 2010

Meehoon Putih.. Errkk.. Sedap Ke?


Meehoon ke bihun? Panggil le apa pun, bahannya tetap sama. Kadang-kadang bila orang hidangkan meehoon putih ni, tak berselera nak makan sebab warnanya pucat. Bila makanan berwarna pucat lesi, dalam minda dah set.. sure tak sedap. Betul ke? Rasanya 90% memang betul kot sebab kalau menggoreng mee atau meehoon, nak bagi sedap kena pakai cili kering, sos cili, sos tomato dan kicap! Kalau kuay teow, kicap tu dah kira bahan wajib. Sampaikan sekarang, kicap untuk kuay teow dah merata orang jual online. Satu hari nanti nak kena try jugak kicap online ni.

Jadi kalau masak meehoon putih, kena tambah bahan lain yang colourful kasi meriah sikit. My version macam biasa.. simple je. Tengok gambar je dah tau. Apa pun aku letak jugalah resepinya.. Ini untuk ½ pek meehoon.

Bercakap pasal meehoon, aku suka guna meehoon siam sebab dia halus tapi kalau terlebih air boleh jadi terlembik. So kena hati-hati bila menggunakan meehoon siam. Ada setengah orang mencelur dulu meehoon kering sebelum masak, ada yang merendam 4/5 jam, ada yang rendam dalam air suam. For me.. ikut macam Mak cakap.. rendam semalaman dalam air biasa, bukan air suam atau panas. Kalau nak buat sebagai sarapan pagi esok, kena rendam malam sebelum tidur. Pada aku, berdasarkan pengalaman, cara ini akan dapatkan hasil yang terbaik.. meehoon lembut (bukan lembik), tak berkanji dan mudah dimasak.

Bahan-bahan :

Bahan kisar/tumbuk (A)
2 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
7-9 biji cili padi (mesti ada!)

Bahan kisar/tumbuk (B)
½ cawan ikan bilis
1 sudu besar udang kering

1 mangkuk air rebusan kulit/kepala udang
½ batang lobak merah (dihiris kecil)
8 batang filamen ketam (dipotong kecil)
2 biji telur (letak garam kunyit dan didadar, hiris kecil)
sedikit daun bawang & daun sup (dipotong kecil)
bawang goreng
garam secukup rasa
kiub ayam (tanpa MSG is better)
minyak bunga matahari untuk menumis



Cara membuatnya :

1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar (A) hingga naik bau.

2. Masukkan bahan kisar (B).

3. Masukkan air rebusan kulit udang dan biar mendidih.

4. Masukkan lobak merah, biar sekejap sampai lobak lembut.

5. Masukkan garam dan kemudian meehoon yang telah direndam.

6. Gaul rata-rata dan selepas tu baru masukkan filamen ketam, telur dadar, daun sup, daun bawang dan bawang goreng.

7. Hidangkan panas-panas, sedap dimakan dengan sambal kicap.

Wednesday, November 24, 2010

Sayur Cincang Pedas & Rolled Oat


Menu ni antara menu diet favourite aku untuk menggantikan nasi dan lauk. Kurangkan makanan berkanji dan makan baaaaanyak sayur. Kalau makan nasi, aku mesti ada lauk yang pedas, kalau tak, memang tak selera nak makan. Sebab tu resepi ni bahan wajib dia cili padi! Tak ada cili padi.. tak syiok.

Ramai dah tahu yang oat boleh mengurangkan kolesterol dan sumber fiber yang sangat bagus. Tapi yang ni bukan quacker oat yang boleh dibancuh sebagai minuman atau sarapan pagi macam dalam iklan. Yang tu aku susah sikit nak telan, apalagi sebagai makanan harian. ’Rolled oat’ ni kena masak dulu. Rasa dia macam bubur nasi. Kalau makan dengan sambal tumis ikan bilis pun sedap.


Inilah rupa ‘rolled’ oat (kalau cari kat pasaraya, sure ada, satu rak dengan nestum, muesli etc). Cara memasaknya.. 1 cawan oat, masak dengan 2 ½ cawan air. Masak dengan api perlahan, kalau tak nanti berbuih, terkeluar membuak dari periuk, lebih kurang 15 minit gitu. Lepas tu letak 1 sudu teh garam sebelum tutup api. Cukup untuk makan 2 orang.


Yang ini bahan-bahan untuk sayur cincang :
(atau gunakan je apa2 sayur yang ada dalam peti ais..)

- lobak merah
- brokoli
- bunga kobis
- jagung kecik (babycorn)
- sayur lobak kecik (asingkan batang dan daun)
- daun bawang
- bawang besar
- cili padi (ikut tahap pedas sendiri ye)
- garam
- minyak zaitun untuk menumis
(semua sayur dicincang kecil-kecil)

Cara Memasaknya :

1. Panaskan minyak dan tumis bawang. Masukkan cili padi. Tumis hingga dua-dua naik bau.

2. Masukkan sayur ikut turutan.. mula dengan lobak merah. Masak hingga agak layu.

3. Lepas tu masuk batang sayur lobak, bunga kobis, brokoli, babycorn, daun lobak dan daun bawang. Masakkan satu persatu supaya tak ada sayur yang keras dan mentah bila makan nanti.

4. Hidangkan dengan oat atau nasi panas-panas. ( ..letak kicap sikit..hehe)






Tuesday, November 23, 2010

Bebola Tauhu Ayam


Ini satu lagi resepi sihat lagi mudah yang aku dapat dari Kak Nor, jiran selang dua buah rumah. Satu tengahari tu dia datang hantar bebola tauhu ni, tapi masa tu tak ada rupa bebola, lebih kepada rupa jemput-jemput goreng. Katanya sedap makan dengan nasi, dibuat lauk. Memang sedap pun, tak sempat makan dengan nasi, ratah camtu je terutama tengah panas-panas baru lepas digoreng.

Lepas tu aku cuba buat sendiri, bulat-bulatkan jadi bentuk bebola. Sebahagian aku goreng celup tepung dan sebahagian lagi aku kukus. Kukus pun sedap (elok kurangkan makanan berminyak), tapi kena letak dalam bekas tart aluminium tu waktu kukus tu untuk hold shape bebola sebab struktur dia lembut. Tengok resepi kat bawah dan boleh ubahsuai bahan ikut selera.

Bahan-bahan :

5 keping tauhu (dilecek)
1 cawan isi ayam (kadang-kadang aku guna isi udang)
1 biji telur
1 inci lobak merak
½ biji cili
1 tangkai daun bawang
1 tangkai daun sup
(semua sayuran dihiris kecil-kecil)
sedikit bawang goreng
sedikit serbuk lada sulah
garam secukup rasa

Untuk yang bergoreng, sediakan sedikit bancuhan tepung, sebarang bancuhan pun boleh, kepekatan adunan macam buat goreng pisang atau ubi. (Aku guna tepung gandum, tepung beras, letak sikit garam, serbuk kunyit dan air).

Cara membuatnya :

1. Gaul tauhu lecek dan isi ayam. Perasakan dengan garam dan lada sulah (nak tambah lada hitam yang ditumbuk pun ok, tapi aku tak letak sebab hilang nanti rasa manis sayur)

2. Masukkan semua sayuran, bawang goreng dan telur. Gaul semuanya supaya elok bercampur.

3. Bentukkan adunan macam bebola.

4. Untuk yang dikukus, letak dalam bekas tart comel dan kukus selama 10 minit (jangan lupa didihkan air dalam periuk kukus dulu sebelum masukkan bebola).

5. Untuk yang bergoreng, celup dalam bancuhan tepung. Hati-hati semasa menggoreng sebab adunan lembut.

6. Toskan bebola yang digoreng betul-betul dan hidangkan dengan sos cili.

Note : Resepi yang sama boleh digunakan untuk Tauhu Sumbat Goreng/Kukus. Tauhu dipotong dua, bentuk segi tiga, korek keluar isi tauhu dengan hati-hati, tinggalkan kulit luar dalam 3mm (lebih kurang la), isinya dicampur dengan isi ayam dan sumbat adunan (resepi di atas) ke dalam tauhu semula. Goreng tauhu tapi tak perlu celup tepung.

Sunday, November 21, 2010

Healthy Pandan Muffin (Lovit! Lovit! Lovit!!!)




When it comes to MUFFIN, I can be really carping. It pisses me off to admire such a beautiful, alluring, tormenting piece of nice-looking muffins that would turn out to be hardy (baling ke dinding), or too sweet, or too dry you can actually choked, or the taste like you've been swallowing up the whole bottle of bicarbonate soda! Well.. believe me, I can go on and on, grumbling about this, all the way from the store till I got home.

Until.... I discovered a very nice recipe, not too sweet, moist, and the smell.. oohhh.. you gotta try this one. But the most important.. it's healthy.. which means.. I can have 3 or 4 pieces of em.. errkk.. ok..I admit, I ate a lot.

I googled a few recipes of 'best muffin' in the net and tried out one (can't remember from which site, it came out in US forum). It took me 3 times to try and error, adding and reducing the ingredients until I was satisfied with the result. I tried my best to make it as healthy as possible so that I can put the guilt aside..hehe. Originally, it tasted 'bica' and quite dry so I add up some milk and reduce the rising agent. I add some wholemeal flour and raisins (source of fiber) and use pandan paste for a twist. I also subsitute the unsalted butter with sunflower oil. There you go.. Check out the recipe below.

Ingredients :

(A)
180g self-raising flour (sift together with baking powder)
3/4 baking powder
40g wholemeal flour

(B)
80g castor sugar
170ml sunflower oil

2 eggs
100ml fresh milk
1/2 teaspoon of fine salt
1 teaspoon of vanilla essence
1 teaspoon of pandan paste
5 table spoon of raisins(chopped)
chocolate chips (I use dwi-choc chip)
muffin pan (or you can use paper cup for muffin)

Method :

1. Mix (A). Put aside.
2. Beat (B) for 5 minutes.
3. Add in egg one at a time. Beat another 5 minutes.
4. Add in (A) and milk alternately.
5. Add the salt, vanilla essence and pandan paste. Beat until all mixed well.
6. Lastly fold in the raisins
7. Fill the papercups with batter ( I use size 8'). Put some chocolate chips on top.
8. Bake at 150 degree for 20 minutes (heat up & down)
9. Let them cool for a while before serving.

I have made these so many times.. again and again. Eat em for breakfast and have a wonderful morning to start a day with :)